Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta.Seseuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:
- Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli.
- Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan.
- Pencitaannya adalah orang yang berkelayakan.
- Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbit pertama karya adalah di Malaysia.
Berikut adalah beberapa contoh artikel Isu Hakcipta:
1.)Microsoft bersalah langgar hak cipta
WASHINGTON 10 Jun - Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam mengekalkan keputusan syarikat perisian gergasi, Microsoft bersalah melanggar hak cipta paten dalam kes saman oleh sebuah syarikat perisikan kecil dari Kanada, satu kes yang diperhatikan secara teliti oleh industri perisian global.
Firma i4i Inc yang berpusat di Toronto menyaman Microsoft yang berpangkalan di Redmond, Washington pada Mac 2007 atas dakwaan beberapa versi program Microsoft Word melanggar hak cipta paten teknologi XML miliknya.
Pada Disember 2009, sebuah Mahkamah Rayuan AS mengekalkan keputusan juri dan mahkamah rendah yang mengarahkan Microsof membayar AS$290 juta (RM870 juta) kepada i4i Inc.
Microsoft dituduh melanggar paten XML 1998 dalam versi program Word 2003 dan Word 2007.
Microsof mahu pihak defendan dalam kes-kes pelanggaran hak cipta itu supaya dibenarkan untuk menunjukkan sesuatu paten tidak sah dengan 'bukti yang banyak' berbanding 'bukti sah dan yakin', prosedur yang diguna pakai sekarang.
Bagaimanapun, Mahkamah Agung tidak bersetuju dan sebulat suara mengekalkan keputusan mahkamah rayuan itu semalam.
Pengerusi i4i, Louden Owen menyambut baik keputusan Mahkamah Agung itu.
Oweb berkata, ia mewakili satu keputusan paling penting dalam undang-undang perniagaan oleh Mahkamah Agung AS, dekad ini.
''Keputusan Mahkamah Agung ini menyokong kewujudan sistem paten. Jika ia berlaku sebaliknya, ia akan memusnahkan inovasi di AS,'' ujarnya.
Beliau memberitahu, satu injuksi yang berkuat kuasa pada Januari 2010 menghalang Microsoft menggunakan teknologi itu tanpa lesen. - AFP
Artikel di atas memberitahu syarikat Microsoft telah melanggar Hakcipta paten Teknologi.
2)KPDNKK P.Pinang Rampas Perisian Tiruan Dari Kilang
GEORGE TOWN – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang semalam menyerbu dua buah kilang milik sebuah syarikat berasaskan industri pembuatan acuan di Perai dan Simpang Ampat serta merampas 15 salinan perisian tiruan bernilai RM45,300.
Antara perisian yang dirampas ialah pelbagai versi Microsoft Window dan Microsoft Office serta lima buah komputer.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Abdul Rosik Yakub berkata syarikat yang beroperasi sejak 1990-an itu turut membekal produk mereka kepada beberapasyarikat bertaraf multinasional dalam bidang automatif, elektronik dan telekomunikasi.
Kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM20,000 bagi setiap satu salinan dan minimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Beliau berkata tahun lepas KPDNKK Pulau Pinang melakukan 15 operasi dengan nilai rampasan RM400,000 membabitkan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987. – BERNAMA
Artikel diatas telah memberitahu di Malaysia iaitu di dalam negeri Pulau Pinang telah berlaku Perampasan perisian tiruan di kilang tersebut kerana telah melanggar hakcipta pengguna.
3)Laman Perkongsian Hotfile Ditutup Isu Hakcipta Terpelihara
Laman perkongsian gergasi Hotfile kini telah ditutup kerana isu hakcipta terpelihara. Hotfile didapati telah bersalah kerana perkongsian kandungan hakcipta terpelihara seperti filem dan drama secara haram dalam server mereka. Motion Picture Association of America (MPAA) telah mengarahkan supaya Hotfile membayar ganti rugi sebanyak USD 80 Juta akibat kerugian yang ditanggung kerana perkongsian filem secara haram tersebut. Makhamah Persekutuan Amerika Syarikat juga telah membuat keputusan supaya akses ke laman Hotfile ditutup untuk selama-lamanya berikutan kesalahan isu hakcipta yang serius. Untuk info, Hotfile ditubuhkan pada tahun 2009 dan kini sudah mencapai 5.3 Juta jumlah pengguna berdaftar.
Artikel diatas telah memberitahu laman perkongsian iaitu Hotfile Ditutup kerana menyebarkan filem dan drama secara haram.
4)SYARIKAT MAWI DI SAMAN 1 JUTA.
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat air mineral memfailkan saman terhadap sebuah syarikat milik penyanyi Mawi kerana melanggar hak cipta produk-produknya.
Yassa Sdn Bhd menuntut ganti rugi am berjumlah RM1juta daripada Mawi World Sdn Bhd dalam satu saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Yassa juga menuntut Mawi World berhenti mengeluarkan air mineral berbotol dengan nombor lesen, alamat kilang dan kandungan produk di labelnya daripada Yassa.Yassa Sdn Bhd menuntut ganti rugi am berjumlah RM1juta daripada Mawi World Sdn Bhd dalam satu saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dalam kenyataan tuntutannya, plaintif berkata salah seorang pengarahnya kebetulan melihat botol air yang dicap sebagai Mawi World dipamerkan di sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor.
Pengarah itu mendapati maklumat yang dipaparkan di label botol air mineral tersebut sama dengan yang tercetak di produk-produk keluaran plaintif.
Satu laporan polis dibuat pada 2 Okt di balai polis Seremban berkaitan pelanggaran harta intelek.
Kedua-dua pihak bertemu pada 3 Okt apabila Mawi World didakwa mengakui bahawa ia menggunakan maklumat tersebut tanpa persetujuan Yassa.
Pihak defendan bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu tentang pelanggaran hak cipta itu kerana ia mendapat bekalan air daripada sebuah syarikat bernama Johtaw Corporation (M) Sdn Bhd.
Mawi World didakwa bersetuju membincangkan pampasan akibat melanggar hak cipta itu tetapi belum ada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak.
Artikel diatas telah menerangkan bahawa Mawi telah mengeluarkan air mineral berbotol di kilangnya yang telah melanggar isu hakcipta.
5)Ahli perniagaan didenda RM13j kes cetak rompak
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda RM13 juta oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini, pada 23 Disember lalu selepas didapati bersalah memiliki 6,500 video cakera padat (VCD) dan cakera video digital (DVD) karaoke cetak rompak membabitkan koleksi lagu artis popular tempatan dan antarabangsa, pada 23 Disember lalu. sekali gus menjadi jumlah denda tertinggi pernah dikenakan ke atas pesalah cetak rompak sejak Akta Hak Cipta diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan 23 tahun lalu.
Ahli perniagaan, Tee Min Hock, 35, turut berdepan hukuman dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan selepas disabitkan kesalahan itu mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987. Mengikut keterangan fakta kes, VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu ditemui disembunyikan di rumah ahli perniagaan terbabit dalam serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) pada 27 September 2007.
Difahamkan, serbuan dilakukan berdasarkan laporan yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), dengan VCD dan DVD karaoke cetak rompak itu dipercayai mahu digunakan untuk tujuan komersial.
Timbalan Ketua Pengarah KPDNKK, Iskandar Halim Sulaiman, berkata tindakan itu adalah pengajaran terbaik kepada semua pihak yang tidak menghormati hak cipta, selain cuba mengaut keuntungan dari kegiatan cetak rompak.
“Walaupun sudah banyak kali kerajaan mengeluarkan amaran berhubung kegiatan haram ini, masih ada pihak tidak mengendahkannya dan cuba mengambil kesempatan.
“Hukuman dikenakan ke atas ahli perniagaan terbabit dianggap setimpal dengan kesalahan pelanggaran hak cipta dilakukannya, sekali gus menjadi pengajaran kepada mereka yang masih berdegil dan tidak menghormati undang-undang,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anti Cetak Rompak (APAC), berkata mahkamah memandang serius kegiatan pelanggaran hak cipta oleh ahli perniagaan terbabit dengan menetapkan denda minimum RM2,000 bagi setiap salinan lagu.
“Mengikut Akta Hak Cipta 1987, denda maksimum yang dibenarkan boleh mencecah RM20,000 bagi setiap lagu dan penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan.
“Kita akan bekerjasama dengan RIM dan organisasi lain yang berkaitan dalam usaha memerangi kegiatan cetak rompak ini melalui tindakan serbuan dan pemeriksaan lebih kerap,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo, berkata usaha perlu diteruskan bagi membersihkan negara daripada menjadi sarang cetak rompak.
“Sejak 2001, kerajaan mengharamkan penjualan cakera optik, terutama VCD dan DVD di pasar malam di seluruh negara, namun usaha itu tidak menampakkan kesannya.
“Ia dikesan semakin berleluasa di Kuala Lumpur, dengan setiap pasar malam dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 30 gerai menjual karya muzik dan filem cetak rompak. Walaupun sudah banyak kali perkara ini diadukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiada tindakan diambil,” katanya.
Artikel Diatas telah menerangkan ahli perniagaan telah disaman kerana mencetak rompak CD dan DVD karaoke ini menyebabkan beliau telah melanggar HakCipta terpelihara.
Kesimpulan
Kesimpulanya, terdapat banyak masalah mengenai isu hakcipta yang boleh kita huraikan.Salah satunya, menyebarkan filem di dalam laman web ini menyebabkan kerugian terhadap pencipta yang menghasilkan filem tersebut yang bertungkus lumus untuk menghasilkan sesesuatu filem tersebut hasilnya tidak memuaskan ini kerana mereka yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan segalanya.Akhir kata, meskinpun terdapat banyak isu mengenai hakcipta maka kita boleh mencegahnya dengan sebaik yang mungkin.